Soalan Lazim

Siapakah yang layak memohon ke program Pra Diploma?

Lepasan SPM Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/
Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli.


Bagaimana calon Pra Diploma boleh menerima bantuan insentif sepanjang tempoh pengajian?

Calon layak menerima bantuan/insentif sekiranya pendapatan (gaji kasar) ibu & bapa adalah kurang daripada RM4000 sebulan.

 

Apakah bentuk bantuan insentif yang diterima?

Calon akan menerima bantuan yuran pengajian percuma, yuran asrama percuma, elaun sara diri serta elaun pengangkutan pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian.


Bagaimanakah cara untuk memohon untuk memasuki program Pra Diploma ini?

Pemohon boleh memuat turun borang permohan dan hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang telah disahkan ke Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi.

 

Apakah program Pra Diploma yang ditawarkan?

UiTM menawarkan program Pra Perdagangan dan Pra Sains.


Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon ke program Pra Diploma ini?

Pemohon mestilah LULUS SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu; dan LULUS Sejarah dan Bahasa Inggeris. Untuk program Pra Perdagangan, pemohon juga mestilah LULUS Matematik/Matematik Tambahan. Untuk program Pra Sains, pemohon mestilah LULUS salah satu matapelajaran Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan.