Pra Diploma Perdagangan

 puncakalam

Tempoh Pengajian: 6 Bulan(1 Semester)

Syarat Kemasukan Ke Program Pra Diploma Perdagangan

Syarat Am Universiti:

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu.

DAN

Lulus Sejarah (Mula digunapakai sejak SPM 2013)

 

Syarat Khas Program:

  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris

 

 Subjek - subjek yang dipelajari:

Nama Kursus  Kod Kursus
INTRODUCTORY ENGLISH ELC 030
INTRODUCTION TO ACCOUNTING ACC 030
INTENSIVE MATHEMATIC MAT 037
INTRODUCTION TO BUSINESS MGT 028
PENGANTAR PEMBANGUNAN INSAN CTU 001

 

Syarat Kemasukan Penerapan ke Diploma Bagi Lulusan Pra Diploma Perdagangan (BA002):

  1. Mendapat CGPA ≥ 2.00 serta lulus semua subjek iaitu minimum gred C, pelajar Lulus Naik Taraf (LNT).
  2. Mendapat CGPA ≥2.00 tetapi gagal satu subjek, pelajar dibenarkan mengulang kursus yang gagal sahaja.
  3. Mendapat CGPA < 2.00, pelajar gagal dan diberhentikan.

Senarai program Diploma yang ditawarkan selepas pelajar Lulus Naik Taraf (LNT) Program Pra Diploma Perdagangan.

Buku Syarat Kelayakan Program Pengajian 2020.

Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Kepada Pelajar Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains Setelah Tamat Pengajian di Peringkat Pra Diploma

 

Senarai Kampus Yang Menawarkan Pra Diploma Perdagangan:

  • Kampus Sungai Petani
  • Kampus Sri Iskandar
  • Kampus Puncak Alam (PPT-Atlet shj)
  • Kampus Alor Gajah
  • Kampus Segamat
  • Kampus Machang
  • Kampus Dungun
  • Kampus Arau
  • Kampus Permatang Pauh
  • Kampus Jengka
  • Kampus Tawau
  • Kampus Mukah