Cara Memohon

 

Cara Memohon

 

Anda boleh memohon dengan cara:

1.Muaturun Borang Permohonan Pra Diploma dari laman sesawang berikut:

a.Laman sesawang PPT (Muat Turun) 

b.Laman sesawang Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) UiTM 

2.Lengkapkan borang permohonan Pra Diploma beserta salinan dokumen lampiran yang sudah disahkan seperti berikut:

a.Salinan Kad Pengenalan pemohon

b.Salinan Sijil SPM/SPM ulangan

c.Salinan Sijil Kelahiran pemohon

d.Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa*

e.Salinan Sijil Kelahiran Ibu & Bapa*

f.Salinan Slip Pendapatan Ibu & Bapa atau Surat Pengesahan Pendapatan (jika tidak mempunyai slip/penyata)

g.Sijil Kematian / Penceraian ibu bapa (jika berkaitan)

h.Kelulusan / Slip Bantuan Sara Hidup Rakyat (jika berkaitan)
   

* Jika tiada kad pengenalan ibubapa sila dapatkan salinan dari Jabatan Pendaftaran Negara
* Untuk calon anak angkat, sila sertakan salinan Sijil Pengangkatan, Sijil Lahir dan Kad Pengenalan ibu atau ibubapa kandung

3.Hantarkan borang permohonan dan lampiran yang telah lengkap ke:

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
 

Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
Selangor

atau ke mana-mana kampus negeri terdekat.

 

4.Penghantaran boleh dibuat melalui pos ataupun "by hand" ke pejabat yang dinyatakan