Fungsi dan Peranan

 

stud2 kecik


Fungsi utama Pejabat PPT adalah untuk menguruskan pengambilan pelajar ke program Pra Diploma. Selain daripada itu Pejabat PPT bertanggungjawab untuk mendekati golongan sasar dengan menjalankan pelbagai aktiviti outreach bagi memperkenalkan program Pra Diploma dan memberi kesedaran kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UiTM.


Terdapat dua sesi pengambilan pelajar pada setiap tahun iaitu September dan Mac dengan kapasiti 6000 pelajar setahun. Pelajar yang menyertai program Pra Diploma akan ditempatkan di kampus UiTM di setiap negeri di seluruh Malaysia.


Selain dari Pejabat PPT yang bertempat di UiTM Shah Alam, beberapa Pejabat PPT turut berada setiap kampus negeri dan ia diterajui oleh Koordinator PPT. Pejabat PPT di kampus negeri bertanggung jawab menguruskan hal ehwal akademik dan kebajikan pelajar di kampus negeri semasa pelajar mengikuti pengajian Pra Diploma selama enam bulan.