Kata Aluan

 


Prof Madya Dr Aini Jaapar 
Pengarah
Pejabat 
Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

UiTM


Saidina Ali r.a pernah berkata, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah kepada pemuda-pemudinya pada hari ini.

Merealisasikan Malaysia sebagai negara maju adalah hasrat setiap pemimpin dan rakyat. Teras utama bagi mencapai impian ini adalah melalui pendidikan. Dengan pendidikan, masa depan individu, keluarga, bangsa dan negara akan dapat diperbaiki.

Justeru itu, UiTM telah mewujudkan program Pra Pendidikan Tinggi untuk membangunkan negara dan anak bangsa. Program ini  adalah merupakan program tangungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) UiTM khusus untuk golongan yang kurang berkemampuan. Calon - calon pelajar adalah mereka yang terdiri daripada Melayu, Anak Negeri Sarawak, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli. Program Pra Pendidikan Tinggi ini memberi laluan kepada anak-anak muda yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam dengan memberi peluang yang luas kepada mereka untuk melanjutkan pengajian di UiTM melalui program Pra Diploma.

Kecemerlangan pendidikan hanya akan dapat dicapai dengan mengambil langkah pertama. Langkah permulaan ini pastinya akan memberi peluang dan harapan yang lebih besar kepada anak muda untuk melangkah dengan lebih jauh di masa akan datang. Ini sejajar dengan falsafah UiTM yang menyatakan bahawa setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai murni ke dalam jiwa mereka.

UiTM yakin bahawa graduan professional yang dilahirkan akan kemudiannya berupaya mengembangkan ilmu serta membangunkan diri, keluarga, bangsa dan negara. Peluang yang terbuka luas untuk anak-anak muda ini haruslah diraih agar mereka lebih kompetetif dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.