PASCA PENDAFTARAN PELAJAR
MAKLUMAT DAN TATACARA PENDAFTARAN
SENARAI DOKUMEN
- Borang pendaftaran pelajar baru sepenuh masa
- Borang laporan pemeriksaan kesihatan
- Slip SPM
- Kad pengenalan calon dan ibu bapa
- Sijil kelahiran calon dan ibu bapa
- Penyata gaji / Surat pengesahan pendapatan
- Sijil kematian / penceraian (jika berkenaan)
- Penyata bantuan sara hidup (jika berkenaan)
PEMBAYARAN YURAN
Pelajar-pelajar baru diminta membuat pembayaran yuran pengajian seperti yang telah dinyatakan di dalam Surat Tawaran.
Hanya Pelajar kategori Bukan B40 (BA003, PD008, AT002 AS003 dan IC002) sahaja PERLU membayar Yuran Pengajian.
Pelajar kategori B40 (BA002, PD007, AT001, AS002 dan IC001) TIDAK PERLU membayar yuran.
Kesemua bayaran perlu di buat di mana-mana cawangan BANK ISLAM di seluruh Malaysia. Baca dengan teliti dan patuhi arahan.

BANTUAN KEWANGAN

PELAJAR YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN BERBENTUK:
Elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian (termasuk tambang pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian).
- Pengecualian yuran pengajian.
- Pengecualian yuran asrama.