KATA ALUAN

Merealisasikan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju adalah hasrat setiap pemimpin dan rakyat. Teras utama bagi mencapai impian ini adalah melalui pendidikan. Dengan pendidikan, masa depan individu, keluarga, bangsa dan negara akan dapat diperbaiki.

Justeru, UiTM telah mewujudkan program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) untuk membangunkan negara dan anak bangsa. Calon - calon pelajar bagi program PPT adalah mereka yang terdiri daripada anak Melayu, anak Negeri Sarawak, anak Negeri Sabah dan anak Orang Asli. Program PPT merupakan laluan khas kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak memenuhi syarat asas untuk meneruskan pengajian di universiti awam unutk meneruskan pengajian di UiTM melalaui program Pra Diploma. Setelah tamat menjalani program pra, para pelajar ini akan diterapkan ke pengajian di peringkat Diploma di beberapa Fakulti di UiTM mengikut pilihan masing-masing.


Secara langsung, program PPT memberi peluang yang luas kepada pelajar melanjutkan pengajian hingga ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Kecemerlangan pendidikan hanya akan dapat dicapai dengan mengambil langkah pertama. Langkah permulaan ini pastinya akan memberi peluang dan harapan yang lebih besar kepada para pelajar untuk melangkah dengan lebih jauh di masa akan datang. Ini sejajar dengan falsafah UiTM yang menyatakan bahawa setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai murni ke dalam jiwa mereka.

UiTM yakin bahawa graduan professional yang dilahirkan akan kemudiannya berupaya mengembangkan ilmu serta membangunkan diri, keluarga, bangsa dan negara. Peluang yang terbuka luas untuk anak-anak muda ini haruslah diraih agar mereka lebih kompetetif dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Prof Madya Ts Dr. Aini Jaapar
Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)
UiTM

 

Image

Hubungi Kami

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT),
Kompleks Antarabangsa,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor

Tel: 03-5521 1443/1448

Fax: 03-5543 7969

            

 

Statistik Pengunjung

0.png0.png0.png8.png2.png4.png3.png9.png
Today233
This week1463
This month7907
Total82439

Khamis, 23 September 2021
© 2021 Hak Cipta Terpelihara Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT), UiTM