FUNGSI & PERANAN

Fungsi utama Pejabat PPT adalah untuk menguruskan pengambilan pelajar ke program Pra Diploma. Selain daripada itu Pejabat PPT bertanggungjawab untuk mendekati golongan sasar dengan menjalankan pelbagai aktiviti outreach bagi memperkenalkan program Pra Diploma dan memberi kesedaran kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UiTM.


Terdapat dua sesi pengambilan pelajar pada setiap tahun iaitu September dan Mac dengan dan pelajar yang menyertai program Pra Diploma akan ditempatkan di kampus UiTM di setiap negeri di seluruh Malaysia.


Selain dari Pejabat PPT yang bertempat di UiTM Shah Alam, beberapa Pejabat PPT turut berada setiap kampus negeri dan ia diterajui oleh Koordinator PPT. Pejabat PPT di kampus negeri bertanggung jawab menguruskan hal ehwal akademik dan kebajikan pelajar di kampus negeri semasa pelajar mengikuti pengajian Pra Diploma selama enam bulan.

Hubungi Kami

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT),
Kompleks Antarabangsa,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor

Tel: 03-5521 1443/1448

Fax: 03-5543 7969

            

 

Statistik Pengunjung

0.png0.png0.png8.png2.png4.png6.png1.png
Today255
This week1485
This month7929
Total82461

Khamis, 23 September 2021
© 2021 Hak Cipta Terpelihara Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT), UiTM