Alumni




"Tabung MDAB telah membuka berbagai peluang untuk saya melanjutkan pengajian. Saya terpaksa mengadaptasikan diri kepada cara pengajaran dan pembelajaran yang baru dan saya mendapat pendedahan kepada persekitaran yang baru. Dengan pengalaman ini, saya berharap agar saya lebih matang dan bersedia untuk masa hadapan. Program ini mendidik saya untuk percaya kepada diri sendiri dan menghadapi berbagai cabaran dengan lebih baik. Saya belajar bahawa lebih sukar cabaran yang dihadapi, lebih kuat kita perlu berusaha."
- Fatin Nur Zulkipli (Alumni PPT)
Sumber : Laporan Yayasan Sime Darby


Pra Diploma Perdagangan 2011 (PD002), UiTM Kedah
Diploma Pengurusan Maklumat (IM110), UiTM Kedah
Sarjana Muda Pengurusan Rekod (IM246), UiTM Puncak Perdana
Sarjana Pengurusan Rekod (IM773) UiTM Puncak Perdana
Calon Doktor Falsafah Pengurusan Maklumat (IM950) UiTM Puncak Perdana
 







10

"Saya memohon ke program MDAB kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke program Diploma UiTM. Selepas mengikuti program MDAB ini selama dua bulan baru saya menyedari bahawa ianya merupakan suatu peluang yang baik untuk diri saya. Saya belajar bahawa suatu kejayaan datang daripada kegagalan dan kejayaan itu tidak hanya bermakna mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sebaliknya, kejayaan itu menjurus kepada bagaimana kita meningkatkan dan memajukan diri. Mungkin mereka yang tidak berminat untuk belajar belum pernah merasa kemanisan ilmu yang sebenar. Saya benar-benar berubah daripada menganggap bahawa "belajar itu membazir masa" kepada "Saya akan belajar setiap hari seumur hidup." Saya berharap agar program ini akan diteruskan bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang benar-benar memerlukan."
- Muhammad Anuar Mohd Ibrahim (Alumni PPT)
  Sumber : Laporan Yayasan Sime Darby

Pra Diploma Perdagangan 2012 (PD002), UiTM Melaka
Diploma Teknologi Pejabat (BM118) UiTM Melaka
Sarjana Muda Pengurusan Maklumat (BM232), UiTM Puncak Alam
Sarjana Pengurusan Sistem Pejabat (BA775), UiTM







"Saya sedar bukanlah tergolong dalam kategori pelajar pandai tetapi saya ada semangat untuk belajar. Itulah sebabnya saya tidak berputus asa.Pada masa sama, ayah saya memberi dorongan untuk sambung ijazah selain saya juga memasang impian untuk memakai selempang pelajar terbaik pada hari konvokesyen"
- Nur Atiqah Nasser Shah (Alumni PPT)
Anugerah Graduan Terbaik Khas peringkat Sarjana Muda Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang
Sumber : UTUSAN ONLINE


Pra Diploma Perdagangan 2011 (PD002), UiTM Pulau Pinang
Diploma Kejuruteraan Elektrikal (Kuasa) 2014 (EE112), UiTM Pulau Pinang
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kepujian) 2018 (EE200), UiTM Pulau Pinang
 
Iphone