Rakan PPT

Tujuan pelantikan Rakan PPT diwujudkan adalah untuk bekerjasama dengan wakil-wakil dari pihak sekolah terutama Guru Bimbingan dan Kaunseling serta orang-perseorangan yang menerajui program-program pendidikan (higher learning advocates) samada di bidang korporat mahupun badan bukan kerajaan supaya dapat bersama-sama membantu mempromosikan serta menyampaikan informasi terkini berkaitan program Pra Pendidikan Tinggi kepada golongan sasaran. Mereka yang berminat untuk turut sama menjadi Rakan PPT boleh menghubungi kami melalui talian 012-3089147 atau melalui mana-mana saluran media sosial kami.